FASAL 8 JAWATANKUASA
1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan
hendaklah dipilih setiap tahun di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari
Warganegara Malaysia.
3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong
dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula setiap tahun.
4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung.
Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan
dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam
tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.