Saya memilih untuk menaiki motosikal apabila pergi ke tempat kerja kerana faktor kesesakan jalanraya yang melampau terutamanya di pusat bandar dan pusat tumpuan orang ramai. Dengan menggunakan motosikal, saya bebas untuk menentukan masa sekiranya terdapat temujanji pada hari tersebut dan lagi apabila menggunakan motosikal, saya lebih mudah untuk mendapat tempat letak kenderaan. Terutamanya apabila pergi ke bank dan pejabat pos dimana tempat meletak kenderaan adalah terhad dan sentiasa sesak.