Kemudahan awam disediakan di tempat awam. Kemudahan awam dibina bertujuan memberikan keselesaan kepada orang ramai. Kita perlu menjaga kemudahan awam dengan baik.
Salah satu contoh kemudahan awam ialah perhentian bas. Kita harus menjaga kebersihan di perhentian bas. Kita tidak seharusnya menconteng atau merosakkannya.
Kita juga tidak seharusnya membuat sesuatu yang berbahaya misalnya sengaja meletakkan benda tajam di tempat duduk atau merosakkan papan tanda. Ini kerana ramai orang menggunakan perhentian bas.
Sekiranya ada kerosakan, kita perlu segera membuat aduan. Menjaga kemudahan awam tanggungjawab kita bersama.