perbelanjaan terkini saya ialah semasa berada di stesen bas rapid dan ingin menaiki bas rapid untuk pulang ke tempat tinggal agar tidak lambat sampai kerumah. saya membeli kad rapid supaya mudah berurusan ketika membayar tambang kerana kad tersebut telah diisi dengan nilai yang mahu dibayar di dalam bas. akibat ketakutan wang ringgit yang kecil, saya membeli kad tersebut. jika saya menggunakan kad tersebut, tambang bas tersebut akan dikenakn diskaun sebanyak 20% dan serta merta menjimatkan kos tambang yang dikenakan berbanding dengan yang biasa. kad tersebut juga dapat memudahkan pengguna yang tidak mempunyai wang wang kecil dan memudahkan pemandu bas untuk mengambil tambang yang dikenakan. kad tersebut juga mudah dibawa kerana saiznya yang kecil dan tidak risau jika hilang kerana ia boleh dikembalikan semula dan baki di dalam kad tersebut sama dengan kad yang hilang atau dicuri. saya sudah tak tau nak cerita apa lagi, kamu ingat nak buat karangan sekolah ke apa. ini namanya menyiksa orang nak tulis atau taip pajang panjang.