, peringkat awal tahun 60-an, 70-an kita lihat perjuangan kita memang berpandu kepada satu matlamat saja tapi bila system nilai kita telah dicampuraduk dengan soal kepentingan untuk merebut jawatan dan sedikit sebanyak soal politik wang melanda parti kita
kerana persaingan bertambah sengit
dan kita sebagai sebuah parti
telah berjaya membangunkan negara kita
bererti orang yang berada dalam negara kita ini sudah bertambah jadi matlamat kita sudahpun dicampuraduk dengan soal kepentingan dan sebagainya. Inilah yang mesti kita hindari bahawa sebagai sebuah parti yang telah lama wujud, terlalu besar nilai dan jasa kita, tapi pengundi hari ini tidak akan melihat kepada kegemilangan dalam sejarah, dari segi sejarah. Mereka nak tahu apa perjuangan kita masa kini dan akan datang, oleh itu kita tak boleh bersandar kepada nilai sejarah sahaja tapi kita mesti melihat UMNO kepada konteks masa kini dan akan datang. Inilah yang saya nak tekankan supaya setiap pemimpin UMNO mesti menghayati dan mencerminkan nilai-nilai kepemimpinan yang disenangi oleh rakyat, dengan itu rakyat akan memberi sokongan yang padu kepada UMNO dan Barisan Nasional.