Perbelanjaan saya dalam hidupan harian adalah semasa makan tengahari. Saya memilih untuk membungkus makanan dari kawasan rumah untuk menjimatkan penggunaan petrol untuk makan di kawasan tempat kerja. Tempat kerja saya tidak mempunyai kafe dan perlu berjalan atau menaiki kenderaan untuk pergi ke kedai makan yg berdekatan. Saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk masak dari rumah jadi dengan membeli nasi bungkus dari kawasan rumah saya, nasi dan telur dadar dianggarkan bernilai RM2.50. Saya dapat makan pada waktu tgahari di dalam opis dan waktu rehat yang berlebihan saya akan berehat di bilik rehat pejabat. Perbelanjaan harian saya dpat dikurangkan sebanyak 50% kerana harga makanan berdekatan pejabat saya adalah mahal dan perlu menaiki kenderaan untuk kesana dimana membazir tenaga dan waktu saya. Makanan yang dibungkus dapat menjimatkan waktu saya dan penggunaan petrol kenderaan. Saya selesa untuk makan di pejabat kerana air mineral disediakan di dalam pejabat.