Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang akan membantu para peserta untuk berasa selesa sepanjang berada dalam program. Bagi aktiviti ini, setiap individu dikehendaki untuk mendapatkan tandatangan daripada rakan lain yang menepati ciri-ciri yang telah disenaraikan dalam borang yang telah diberikan oleh fasilitator. Melalui aktiviti ini, para peserta akan berinteraksi sesama mereka dan dapat mengeratkan hubungan di antara mereka.