Makanan yang tidak selamat mengandungi pelbagai jenis bakteria yang bahaya, virus, parasit atau bahan kimia. Ia boleh menyebabkan lebih daripada 200 jenis penyakit yang melibatkan masalah diarea sehinggalah penyakit kanser. Keseriusan masalah ini membawa kepada penyakit yang memberi kesan kepada kesihatan dan kualiti kehidupan. Pelbagai punca pencemaran perlu dikawal pada setiap rantaian bekalan makanan bermula daripada bahan mentah sehinggalah ke peringkat menghidang makanan.