Penghijrahan sarjana barat ke negara Islam dan aktiviti penterjemahan yang dijalankan oleh sarjana barat merupakan fasa pertama pemindahan pemikiran Islam ke barat. Sarjana Barat yang pertama datang ke negara Islam ialah Constantine of Africa(1017-87M) dan diikuti oleh Robert Chester (1110-60M), Jew Moses Farache (1285M) dan Gerald of Cermonar (1114-87M). Universiti pertama di barat yang didirikan di Salerno dan Naples of King Roger menjadi pemangkin kepada pemindahan ilmu-ilmu islam ke barat.