Selain itu, nilai toleransi telah melatih sifat bertolak-ansur antara satu sama lain. Projek ini merupakan projek kumpulan pertama saya di universiti ini, kami kelima-lima orang mempunyai sikap dan tabiat masing-masing. Kami perlu saling memahami dan saling menghormati untuk menyiapkan kerja tersebut kerana salah satu aspek yang berkurangan akan membawa kegagalan dalam kesempurnaan projek ini. Dalam masa satu bulan, kami telah menjadi kawan baik dan berjaya untuk mempersembahkan projek kami dengan lancar. Nilai toleransi amat penting dalam masyarakat kerana ini ialah nilai yang penting dalam pergaulan seharian kita dengan orang lain. Satu kaum etnik perlu mempunyai nilai toleransi dengan memahami adat resam dan pantang larang kaum etnik yang lain agar tidak membuat perbuatan yang keterlaluan dan menyebabkan kesalahfahaman.