Contohnya, pisau yang digunakan untuk menghiris daging mentah digunakan pula untuk memotong buah atau makanan siap. Selain itu, percampuran makanan siap dan yang tidak juga akan menyebabkan sebaran mikrob. Hal ini akan menyebabkan makanan siap tersebut tercemar dengan bakteria dan berkemungkinan besar menyebakan penyakit. Penyimpanan bahan makanan mengikut suhu yang sesuai perlu diambilkira untuk mengelakkan pencemaran berlaku. Mikroorganisma mudah membiak dengan cepat sekiranya makanan disimpan pada suhu bilik.