Memandangkan saya berasal daripada borneo saya menggemari laksa sarawak. Setiap kali ada nya perayaan, aktiviti syarikat, sambutan harijadi saya tidak akan lupa utk menghidangkan menu itu. Ramai kawan kawan sya memita saya utk masak menu istimewa tersebut. Makanan tersebut sangat mudah utk di hidang kan dan sedap. Semua bahan bahan di beli sendiri dan paste nya ditempah khas dari borneo. selain dari itu ramai rakan rakan saya juga menempah paste tersebut dalam kuantiti yang banyak kerana sukar mendapatkan dari tempat saya menginap. Laksa sarawak 100 peratus berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan kuahnya. Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari, tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.