Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan. Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan,Dusun Tindal,Dusun Pahu,Dusun Lotud,Bagahak,Dusun Labuk,Dusun Kimaragang,Tagahas,Tangara,Dusun,Rungus,Orang Sungai,Kuijau,Tambanuo dan sebagainya.