Saya adakalanya membeli sesuatu barang untuk memuaskan keinginan saya untuk memiliki sesuatu. Contohnya telefon pintar. Ianya adalan keinginan setiap orang yang ingin mempunyai telefon pintar yang banyak fungsi serta boleh bergaya dengan adanya teknologi terkini mengikut peredaran zaman. Saya akan membeli barangan tersebut dikedai yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal saya kerana lebih mudah sekiranya ada sebarang masalah dengan barangan yang saya telah beli itu. Saya hanya memilih barang yang murah dan mampu untuk saya membelinya. Saya akan survey dahulu harga dikedai lain sebelum membuat keputusan untuk membelinya.Biasanya saya akan pergi membeli ditemani ahli keluarga daripada pergi bersendiri kerana saya memerlukan pendapat daripada ahli keluarga saya mengenai barangan yang ingin saya beli itu.Barangan idaman ini tidak dibeli selalu kerana harga yang agak tinggi.Ianya sangat bernilai kepada saya kerana bukan mudah untuk saya membelinya dengan duit hasil usaha sendiri.