Bekas polistirena sangat popular di Malaysia dan negara lain, kerana ia mudah digunakan dan kelihatan bersih serta ringan. Walau bagaimanapun, penggunaan ini mengancam kesihatan masyarakat. Bahan polistirena merupakan penyebab kanser apabila ia meresap ke dalam makanan. Menurutnya lagi, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mengkelaskan polistirena sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser.