Sebagai seorang biarawati, Teresa tidak berkahwin dan melahirkan anak, Teresa telah menjadi ibu angkat kepada jutaan orang yang merasai sifat keibuannya. Gelaran ‘Mother’ yang bermaksud bonda telah diberikan kepada beliau atas sumbangan beliau yang tidak terhingga kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim piatu, pesakit kusta mahupun pesakit AIDS. Gelaran ‘Mother’ ini melambangkan bahawa beliau mempunyai sifat keibuan yang
menjangkaui batasan darah keturunan, agama mahupun sempadan dunia.