Jazli jarang mendengar nasihat ibunya. Ibunya selalu berpesan supaya membersihkan diri sebelum masuk tidur agar tidak mendapat mimpi buruk.
Pada suatu malam, Jazli tidur tanpa mandi terlebih dahulu. Dia terasa ada sesuatu mengejutkannya. Apabila sedar, Jazli mendapati dirinya berada dalam sebuah gua.
Jazli melihat ada sepasang mata merah yang besar sedang memerhati dirinya. Mata merah itu semakin hampir dengannya. Mata merah itu milik seekor naga. Jazli berlari ketakutan. Jazli menjerit meminta tolong. Jazli terasa kakinya dipegang. Jazli meronta-ronta hendak melepaskan kakinya.
Apabila membuka mata, Jazli terlihat ibunya. Rupa-rupanya dia bermimpi. Jazli menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya.