Yang Dipertua Dewan Rakyat tugasnya adalah mempengerusikan mesyuarat ataupun persidangan Dewan Rakyat.
Beliau bertanggungjawab memastikan mesyuarat atau persidangan Dewan Rakyat itu berjalan dengan lancar dan semua ahli dewan mengikut peraturan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk menghalau ahli dewan keluar dari dewan atau menggantung ahli dewan dari menghadiri mesyuarat untuk tempoh tertentu jika ahli dewan melanggar peraturan mesyuarat.