Seung Hoon dan Seung Hoon ialah pasangan kembar seiras. Mereka mengalami masalah kulit sejak kecil.
Mereka telah hadir temu janji doktor bersama ibu di Hospital Beaufort. Menurut Doktor Akil, mereka mengalami alahan pada makanan laut. Doktor Akil menasihatkan mereka supaya tidak mengambil makanan laut.
Seung Yoon berasa tidak puas hati kerana dia gemar makan udang dan sotong. Dia tidak menghiraukan pesanan doktor. Badan dan mukanya telah keluar bintik-bintik merah. Mukanya juga bengkak.
Seung Hoon pula yakin bahawa masalah kulit dapat dihindari. Dia mematuhi nasihat doktor. Dia tidak mengalami alahan yang teruk seperti Seung Yoon.