Fenomena yang berlaku menyebabkan timbul gesaan supaya universiti tempatan menumpukan perhatian kepada kursus yang dapat memenuhi tuntutan pasaran kerja. Gesaan ini perlu diperhalus secara komprehensif. Universiti perlu menerapkan ilmu pengetahuan sebagai asas utamanya kepada mahasiswa. Tidak kurang pentingnya, mahasiswa perlu terdedah kepada wacana dan perbahasan tentang idea dan teori tertentu untuk memenuhi tuntutan semasa.