. Hal ini kerana apabila seseorang pelajar berada di sekolah, mereka terikat dengan undang-undang dan peraturan sekolah. Sebagai contoh pelajar perlu diingatkan tentang keburukan amalan buli terhadap diri sendiri dan pihak lain. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan amalan buli hendaklah segera diberi kaunseling dan pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa pelajar berkenaan. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak wajar menyembunyikan kes buli di kalangan pelajar daripada pengetahuan pihak Jabatan Pelajaran agar dapat diambil tindakan.
Pelajar-pelajar pula perlu memillh kawan yang baik. Hal ini kerana, rakan sebaya juga boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Pelajar perlu diberi kesedaran tentang ciri-ciri rakan sebaya yang baik. Pelajar juga perlu mengelakkan diri daripada berkawan dengan pelajar yang nakal dan mempunyai tahap disiplin yang rendah.
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu supaya masalah buli di sekolah menengah dapat diatasi. Hal ini bukan sahaja mewujudkan keamanan sekolah, malah kemajuan turut dicapai.