Pemohon juga bersetuju untuk membayar caj pembangunan mengikut amaun yang ditetapkan oleh Datuk Bandar mengikut kaedah dan dalam tempoh seperti yang dinyatakan di dalam Borang Perintah Menuntut Pembayaran Caj Pembangunan (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "Borang A") sebelum perintah pembangunan boleh dikeluarkan oleh
Datuk Bandar bagi maksud menjalankan pembangunan tersebut.