Bagi saya, peristiwa makanan peribadi yang bermakna khas ialah makan besar untuk sambutan tahun baru cina. Makan besar memang merupakan salah satu peristiwa yang paling bermakna bagi saya kerana ia merupakan satu sambutan yang meraikan kesatuan satu keluarga. Walaupun sesebuah keluarga seringkali dipisahkan atas sebab sebab seperti sibuk kerja, ahli keluarga tersebut masih lagi menyayangi antara satu sama lain. Biasanya makan besar pada malam sebelum tahun baru cina seringkali dilengkapi steamboat dan juga lao sheng yang melambangkan kekayaan lagi kesatuan ssesebuah keluarga. Saya sangat menghargai peristiwa ini kerana ia hanya berlaku satu kali setiap tahun. Biasanya makan besar akan diikuti oleh acara main mercun di halaman rumah. Oleh itu, makan besar seringkali dianggap sebagaI satu peristiwa yang amat menggembirakan orang dewasa mahupun kanak- kanak. Bagi saya, makan besar memang merupakan satu pengalaman yang mampu memberi saya makna yang khas.