punca jenayah terhadap wanita semakin meningkat?Masalah jenayah terhad的中文翻譯

punca jenayah terhadap wanita semak

punca jenayah terhadap wanita semakin meningkat?

Masalah jenayah terhadap kaum wanita memang semakin bertambah saban tahun jika laporan statistik pihak polis digunakan sebagai garis panduan. Berita media massa juga turut membuktikan berlakunya peningkatan jenayah sebegini. Ada pihak yang menganggap masalah jenayah ini banyak disebabkan oleh sikap wanita itu sendiri yang seolah-olah memberikan gambaran wanita negara ini sengaja sahaja mencari masalah. Jadi, sebelum kita menuding jari ke arah wanita sahaja, eloklah kita menyelidik pelbagai faktor yang turut menyebabkan peningkatan kadar jenayah ini.

Memang ramai yang beranggapan sikap wanita yang mudah percaya, tidak berhati-hati ketika di luar rumah dan sebagainya yang menyebabkan berlakunya peningkatan jenayah terhadap mereka itu. Pihak polis ada memberitahu bahawa penjenayah menggunakan taktik meminta pertolongan sebelum melakukan jenayah terhadap orang yang membantu mereka itu dan biasanya wanitalah yang menjadi mangsa. Namun, persepsi sebegini agak berat sebelah kerana semua manusia baik lelaki atau wanita pasti akan melakukan kesilapan juga.

Peningkatan jenayah terhadap wanita berlaku kerana kesempitan hidup yang dialami oleh masyarakat di negara ini. Ada sesetengah pihak yang suka berbelanja besar dan impian tinggi tetapi tidak mempunyai pendapatan yang tinggi menggunakan jenayah sebagai cara untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda itu. Jenayah yang mereka lakukan itu tidak mengira mangsa tetapi wanita menjadi sasaran utama kerana jantina itu dianggap lemah pula. Maka, jenayah wanita berlaku bukan kerana diri mereka sahaja tetapi kerana keadaan kehidupan yang begitu sukar buat sesetengah pihak.
Selain itu, faktor media massa yang sering menyiarkan drama, filem dan program yang mengandungi banyak adegan ganas telah mempengaruhi penonton. Semua adegan yang ditonton oleh mereka ini akan dipelajari lalu ditiru ketika mereka melakukan jenayah kerana sudah nampak keberkesanan strategi itu dalam media massa tadi. Jenayah menculik, ragut, bunuh dan rompak semuanya boleh dipelajari menerusi media massa dengan mudah. Sesungguhnya, jenayah berlaku bukan kerana wanita tetapi kerana media massa telah terlalu banyak menyiarkan program jenayah yang sebegini.
Beberapa ahli psikologi turut bersetuju bahawa banyak kes jenayah berlaku kerana faktor psikologi seseorang itu. Kebanyakan penjenayah mengalami trauma dalam kehidupan mereka seperti pernah didera, masalah keluarga, bebanan hutang dan rasa rendah diri yang keterlaluan serta semua ini memberikan impak dalam penilaian mereka ketika membuat sesuatu keputusan tersebut. Biasanya tindakan yang mereka ambil itu terlalu ganas atau di luar kawalan diri mereka sehingga mereka hanya berasa menyesal setelah melakukan kesalahan jenayah itu tetapi sudah terlambat. Dalam kebanyakan kejadian, wanitalah yang menjadi mangsa mereka melepaskan perasaan tekanan psikologi mereka itu.
Kesimpulannya, memang banyak jenayah berlaku terhadap kaum wanita tetapi perkara buruk itu berlaku bukan disebabkan sikap wanita semata-mata sahaja. Semua pihak perlulah lebih sensitif dan tidak melihat wanita sengaja mencari masalah sahaja kerana pandangan berat sebelah sebegini tidak mampu menyelesaikan masalah jenayah yang berlaku. Sebaliknya, pandangan negatif sebeginilah juga yang menjadikan penjenayah semakin berani untuk melakukan jenayah terhadap wanita kerana sedar masyarakat sering menyalahkan wanita apabila berlakunya jenayah. Kita hendaklah melihat penjenayah sebagai satu golongan yang harus menerima hukuman yang setimpal kerana merekalah yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku itu. Janganlah kita marahkan nyamuk habis kelambu dibakar kerana tindakan itu pasti akan memberikan impak yang bertentangan dengan kehendak masyarakat semua.
0/5000
原始語言: -
目標語言: -
結果 (中文) 1: [復制]
復制成功!
punca jenayah terhadap wanita semakin meningkat?Masalah jenayah terhadap kaum wanita memang semakin bertambah saban tahun jika laporan statistik pihak polis digunakan sebagai garis panduan. Berita media massa juga turut membuktikan berlakunya peningkatan jenayah sebegini. Ada pihak yang menganggap masalah jenayah ini banyak disebabkan oleh sikap wanita itu sendiri yang seolah-olah memberikan gambaran wanita negara ini sengaja sahaja mencari masalah. Jadi, sebelum kita menuding jari ke arah wanita sahaja, eloklah kita menyelidik pelbagai faktor yang turut menyebabkan peningkatan kadar jenayah ini.Memang ramai yang beranggapan sikap wanita yang mudah percaya, tidak berhati-hati ketika di luar rumah dan sebagainya yang menyebabkan berlakunya peningkatan jenayah terhadap mereka itu. Pihak polis ada memberitahu bahawa penjenayah menggunakan taktik meminta pertolongan sebelum melakukan jenayah terhadap orang yang membantu mereka itu dan biasanya wanitalah yang menjadi mangsa. Namun, persepsi sebegini agak berat sebelah kerana semua manusia baik lelaki atau wanita pasti akan melakukan kesilapan juga.Peningkatan jenayah terhadap wanita berlaku kerana kesempitan hidup yang dialami oleh masyarakat di negara ini. Ada sesetengah pihak yang suka berbelanja besar dan impian tinggi tetapi tidak mempunyai pendapatan yang tinggi menggunakan jenayah sebagai cara untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda itu. Jenayah yang mereka lakukan itu tidak mengira mangsa tetapi wanita menjadi sasaran utama kerana jantina itu dianggap lemah pula. Maka, jenayah wanita berlaku bukan kerana diri mereka sahaja tetapi kerana keadaan kehidupan yang begitu sukar buat sesetengah pihak.Selain itu, faktor media massa yang sering menyiarkan drama, filem dan program yang mengandungi banyak adegan ganas telah mempengaruhi penonton. Semua adegan yang ditonton oleh mereka ini akan dipelajari lalu ditiru ketika mereka melakukan jenayah kerana sudah nampak keberkesanan strategi itu dalam media massa tadi. Jenayah menculik, ragut, bunuh dan rompak semuanya boleh dipelajari menerusi media massa dengan mudah. Sesungguhnya, jenayah berlaku bukan kerana wanita tetapi kerana media massa telah terlalu banyak menyiarkan program jenayah yang sebegini.Beberapa ahli psikologi turut bersetuju bahawa banyak kes jenayah berlaku kerana faktor psikologi seseorang itu. Kebanyakan penjenayah mengalami trauma dalam kehidupan mereka seperti pernah didera, masalah keluarga, bebanan hutang dan rasa rendah diri yang keterlaluan serta semua ini memberikan impak dalam penilaian mereka ketika membuat sesuatu keputusan tersebut. Biasanya tindakan yang mereka ambil itu terlalu ganas atau di luar kawalan diri mereka sehingga mereka hanya berasa menyesal setelah melakukan kesalahan jenayah itu tetapi sudah terlambat. Dalam kebanyakan kejadian, wanitalah yang menjadi mangsa mereka melepaskan perasaan tekanan psikologi mereka itu.Kesimpulannya, memang banyak jenayah berlaku terhadap kaum wanita tetapi perkara buruk itu berlaku bukan disebabkan sikap wanita semata-mata sahaja. Semua pihak perlulah lebih sensitif dan tidak melihat wanita sengaja mencari masalah sahaja kerana pandangan berat sebelah sebegini tidak mampu menyelesaikan masalah jenayah yang berlaku. Sebaliknya, pandangan negatif sebeginilah juga yang menjadikan penjenayah semakin berani untuk melakukan jenayah terhadap wanita kerana sedar masyarakat sering menyalahkan wanita apabila berlakunya jenayah. Kita hendaklah melihat penjenayah sebagai satu golongan yang harus menerima hukuman yang setimpal kerana merekalah yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku itu. Janganlah kita marahkan nyamuk habis kelambu dibakar kerana tindakan itu pasti akan memberikan impak yang bertentangan dengan kehendak masyarakat semua.
正在翻譯中..
結果 (中文) 2:[復制]
復制成功!
对妇女的犯罪上升的原因是什么?对妇女犯罪的问题每年都在增长,如果警方统计报告作为指导原则。新闻媒体也证明了增加此类犯罪。还有那些谁认为这是犯罪问题,主要是引起女性自身的态度似乎谁给女人唯一的国家故意找麻烦。所以,在我们把矛头指向唯一的女性,让我们看看这有助于增加犯罪率的各种因素。还有那些谁认为女人谁可能相信的态度,不要在家庭之外,因此导致增加了对犯罪行为时要小心它们。警方表示,使用的战术帮助犯罪分子犯下危害人民谁帮助他们,通常是妇女谁是受害者犯罪之前。然而,感觉是偏了一点点,因为所有的人无论男女难免会犯错误了。在对妇女犯罪的增加发生,因为经历的人,在国内的困境。有一些人谁喜欢挥霍,高梦,但没有高收入使用的犯罪作为一种在它赚钱很多次。犯罪,他们没算受害者,但妇女的目标,因为性别被认为是一大弱点。所以,女士们犯罪的发生不是因为他们,而是因为生活条件的一些人如此困难。此外,大众媒体经常播出电视剧,电影和含有暴力场面已经影响到不少观众的程序。所有的场景都被他们视为将研究和效仿,当他们犯了罪,因为他已经看到了策略,在媒体前面的有效性。绑架,盗窃,杀人和抢劫罪都可以通过大众传播媒介容易学习。事实上,犯罪是不是女性,但作为媒体有太多的广播节目这类犯罪。一些心理学家也认为,许多罪行发生,因为人是一个心理因素。大多数罪犯正在经历的创伤在他们的生活从未像现在这样虐待,家庭问题,债务和过度谦虚,所有这些都对自己的判断产生影响进行决策时。通常情况下,采取行动,他们采取过于暴力或失控的自己,让自己只感到后悔犯了刑事罪,但为时已晚。在大多数情况下,谁成为他们的受害者的妇女发泄自己的心理压力吧。总之,有针对妇女,但糟糕的事情很多罪行发生,因为她的态度并不孤单孤单。各方应该更加敏感,并没有看到该名女子刻意寻找,只是因为偏见的方式不可能解决犯罪问题的麻烦。在另一方面,负面的看法也很喜欢这些,使越来越多的不法分子敢于对妇女实施犯罪的意识的人往往当怪女性犯罪。我们将看到罪犯作为一个群体,应该得到一个公正的惩罚,因为他们有责任发生的一切。让我们不要被火焚烧愤怒的蚊帐,因为它肯定会影响对所有的人的意志。








正在翻譯中..
 
其它語言
本翻譯工具支援: 世界語, 中文, 丹麥文, 亞塞拜然文, 亞美尼亞文, 伊博文, 俄文, 保加利亞文, 信德文, 偵測語言, 優魯巴文, 克林貢語, 克羅埃西亞文, 冰島文, 加泰羅尼亞文, 加里西亞文, 匈牙利文, 南非柯薩文, 南非祖魯文, 卡納達文, 印尼巽他文, 印尼文, 印度古哈拉地文, 印度文, 吉爾吉斯文, 哈薩克文, 喬治亞文, 土庫曼文, 土耳其文, 塔吉克文, 塞爾維亞文, 夏威夷文, 奇切瓦文, 威爾斯文, 孟加拉文, 宿霧文, 寮文, 尼泊爾文, 巴斯克文, 布爾文, 希伯來文, 希臘文, 帕施圖文, 庫德文, 弗利然文, 德文, 意第緒文, 愛沙尼亞文, 愛爾蘭文, 拉丁文, 拉脫維亞文, 挪威文, 捷克文, 斯洛伐克文, 斯洛維尼亞文, 斯瓦希里文, 旁遮普文, 日文, 歐利亞文 (奧里雅文), 毛利文, 法文, 波士尼亞文, 波斯文, 波蘭文, 泰文, 泰盧固文, 泰米爾文, 海地克里奧文, 烏克蘭文, 烏爾都文, 烏茲別克文, 爪哇文, 瑞典文, 瑟索托文, 白俄羅斯文, 盧安達文, 盧森堡文, 科西嘉文, 立陶宛文, 索馬里文, 紹納文, 維吾爾文, 緬甸文, 繁體中文, 羅馬尼亞文, 義大利文, 芬蘭文, 苗文, 英文, 荷蘭文, 菲律賓文, 葡萄牙文, 蒙古文, 薩摩亞文, 蘇格蘭的蓋爾文, 西班牙文, 豪沙文, 越南文, 錫蘭文, 阿姆哈拉文, 阿拉伯文, 阿爾巴尼亞文, 韃靼文, 韓文, 馬來文, 馬其頓文, 馬拉加斯文, 馬拉地文, 馬拉雅拉姆文, 馬耳他文, 高棉文, 等語言的翻譯.

Copyright ©2024 I Love Translation. All reserved.

E-mail: