DRAMA BUKAN GILA - SHARIF SHAARY
SINOPSIS ( Sumbangan Sy. Siti Hajar )
Drama ini berkisar tentang Azmir yang sedang dirawat di wad sakit jiwa Hospital Besar . Sewaktu di wad tersebut,Azmir telah berkhayal akan kehadiran kekasihnya,iaitu Ani. Azmir telah meminta Ani membawa dia keluar tetapi Ani memberitahu dia bahawa mereka bahagia di tempat itu.
Kemudian, Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran ayahnya. Beliau bertanyakan khabar Azmir tetapi Azmir memanggil Ani untuk mengusir ayahnya. Ayahnya mengatakan bahawa beliau sayang akan Azmir tetapi Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong lalu berlaku pertelingkahan antara Azmir dengan ayahnya sehingga munculnya khayalan tentang Pak Haji datang dan memberikan salam. Azmir bertengkar pula dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain.
Ani muncul semula. Azmir bertanya tentang sebab Ani masih di sisinya. Sewaktu itu, Azmir dan Ani bercakap tentang cinta mereka dan makna cinta. Azmir mengatakan bahawa cinta Ani masih bersifat luaran.
Setelah itu, Azmir dikunjungi oleh doktor. Setelah memeriksa Azmir, doktor membenarkan Azmir bersiar-siar di luar. Kesempatan itu diambil oleh Azmir untuk keluar dari wad Hospital Besar. Akhirnya, Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama yang sedang berlatih drama bertajuk Sasau. Azmir mengatakan bahawa pelakon-pelakon drama Sasau itu sesat. Malah, Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem dalam kehidupan, iaitu sistem prorakyat.
Sewaktu Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem tersebut kepada para pelakon yang berlatih itu, kepalanya berasa sakit. Setelah reda sakitnya, Azmir memberitahu pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahanya dan penyakitnya adalah betul. Azmir juga menjelaskan bahawa dia datang untuk membetulkan pelakon-pelakon itu bahawa tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah ketidakbenaran, kepalsuan, dan kepura-puraan. Azmir juga ditanya tentang gila. Sebaliknya, Azmir menjelaskan bahawa bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Kemudian, Azmir menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga berdarah. Azmir menjelaskan bahawa tindakannya menghantukkan kepala itu adalah bukan kerana gila tetapi akibat menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung dan tidak terucap dengan kata-kata.
Kemudian,doktor datang dan menjelaskan kedudukan sebenar Azmir. Doktor membawa Azmir pulang ke wad sakit jiwa semula. Setelah itu, keadaan Azmir begitu sejak tingkatan enam dan semakin teruk ketika di universiti. Arif menasihati ibu bapa Azmir agar bersama-sama membantu Azmir. Arif memberitahu ibu bapa Azmir bahawa Azmir memerlukan kasih sayang, semangat dan perangsang, bukannya cemuhan dan penghinaan. Pelakon II memberitahu ibu bapa Azmir bahawa dia melihat Azmir sedang menghadapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Arif menasihati ibu bapa Azmir agar segera mengunjungi Azmir sebelum terlambat.
Di wad pesakit jiwa, Azmir berkhayal dan mengimbas kembali tentang kisah cintanya dengan Ani dan kisah hidupnya. Ketika dia sedang berkhayal,dia menjadi lemah dan rebah ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Kematiannya dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak. Berita itu membuatkan Ani berasa bersalah dan berasa dirinya bersikap kejam terhadap Azmir.
DRAMA BUKAN GILA - SHARIF SHAARYSINOPSIS ( Sumbangan Sy. Siti Hajar )Drama ini berkisar tentang Azmir yang sedang dirawat di wad sakit jiwa Hospital Besar . Sewaktu di wad tersebut,Azmir telah berkhayal akan kehadiran kekasihnya,iaitu Ani. Azmir telah meminta Ani membawa dia keluar tetapi Ani memberitahu dia bahawa mereka bahagia di tempat itu. Kemudian, Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran ayahnya. Beliau bertanyakan khabar Azmir tetapi Azmir memanggil Ani untuk mengusir ayahnya. Ayahnya mengatakan bahawa beliau sayang akan Azmir tetapi Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong lalu berlaku pertelingkahan antara Azmir dengan ayahnya sehingga munculnya khayalan tentang Pak Haji datang dan memberikan salam. Azmir bertengkar pula dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain. Ani muncul semula. Azmir bertanya tentang sebab Ani masih di sisinya. Sewaktu itu, Azmir dan Ani bercakap tentang cinta mereka dan makna cinta. Azmir mengatakan bahawa cinta Ani masih bersifat luaran. Setelah itu, Azmir dikunjungi oleh doktor. Setelah memeriksa Azmir, doktor membenarkan Azmir bersiar-siar di luar. Kesempatan itu diambil oleh Azmir untuk keluar dari wad Hospital Besar. Akhirnya, Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama yang sedang berlatih drama bertajuk Sasau. Azmir mengatakan bahawa pelakon-pelakon drama Sasau itu sesat. Malah, Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem dalam kehidupan, iaitu sistem prorakyat. Sewaktu Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem tersebut kepada para pelakon yang berlatih itu, kepalanya berasa sakit. Setelah reda sakitnya, Azmir memberitahu pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahanya dan penyakitnya adalah betul. Azmir juga menjelaskan bahawa dia datang untuk membetulkan pelakon-pelakon itu bahawa tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah ketidakbenaran, kepalsuan, dan kepura-puraan. Azmir juga ditanya tentang gila. Sebaliknya, Azmir menjelaskan bahawa bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Kemudian, Azmir menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga berdarah. Azmir menjelaskan bahawa tindakannya menghantukkan kepala itu adalah bukan kerana gila tetapi akibat menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung dan tidak terucap dengan kata-kata.Kemudian,doktor datang dan menjelaskan kedudukan sebenar Azmir. Doktor membawa Azmir pulang ke wad sakit jiwa semula. Setelah itu, keadaan Azmir begitu sejak tingkatan enam dan semakin teruk ketika di universiti. Arif menasihati ibu bapa Azmir agar bersama-sama membantu Azmir. Arif memberitahu ibu bapa Azmir bahawa Azmir memerlukan kasih sayang, semangat dan perangsang, bukannya cemuhan dan penghinaan. Pelakon II memberitahu ibu bapa Azmir bahawa dia melihat Azmir sedang menghadapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Arif menasihati ibu bapa Azmir agar segera mengunjungi Azmir sebelum terlambat. Di wad pesakit jiwa, Azmir berkhayal dan mengimbas kembali tentang kisah cintanya dengan Ani dan kisah hidupnya. Ketika dia sedang berkhayal,dia menjadi lemah dan rebah ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Kematiannya dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak. Berita itu membuatkan Ani berasa bersalah dan berasa dirinya bersikap kejam terhadap Azmir.
正在翻譯中..
![](//zhcntimg.ilovetranslation.com/pic/loading_3.gif?v=b9814dd30c1d7c59_8619)