kenderaaan harian saya adalah sebuah kereta. jenama honda jenis civic. saya beli pada tahun 2013. beli kereta dengan pendaftaran baru. menggunakan petrol ron97 sepenuhnya. tidak pernah terlepas daripada membuat pemeriksaan berjadual yang telah disediakan oleh pihak honda. sentiasa bersikap berhati-hati dan memastikan keadaan kereta selamat dan selesa untuk dipandu. setakat hari ini, keadaan kereta saya pada kondisi yang terbaik dan selamat. perancangan masa depan saya adalah untuk membeli kereta yang lebih baik daripada sekarang. saya impiakn kereta honda accord. dan saya sedang berusaha untuk merealisasikan impian saya. walau apa pun, keselamatan dan keselesaan adalah perkara yang penting dan utama sebelum kita memandu.