Menurut Kaunselor Kanan Persatuan Kanak-kanak Singapura di bahagian Pusat Khidmat Keluarga, Cik Noor Sida Abdullah, daripada 20 kes yang dirujuk di pusat itu tahun lalu, enam melibatkan kes keganasan keluarga. Daripada jumlah itu, lima kes melibatkan penderaan secara fizikal dan satu kes secara verbal atau lisan. Statistiks ini jelas membuktikan bahawa masalah keganasan rumah tangga begitu serius dan harus ditangani dengan bijak. Persoalannya apakah punca-punca yang menyebabkan tercetusnya keganasan rumah tangga dan apakah pendekatan atau strategi yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut.