Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan tersebut ialah merentas halangan, ikhtiar hidup, keselamatan dalam air, pertolongan cemas, persembahan nyanyian, serta pertandingan reka cipta.
Para peserta perkhemahan menunjukkan semangat kerjasama yang erat “umpama aur dengan tebing”. Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan yang amat berguna terutama dalam aktiviti ikhtiar hidup. Mereka belajar mengenal tumbuhan yang dapat dimakan dan yang beracun, cara memasak, serta cara berlindung di dalam hutan.
Program yang bermanfaat ini akan diadakan lagi pada thun hadapan. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.