“Saya difahamkan persefahaman ini adalah untuk memajukan pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang berkait rapat dengan Agrobisnes di Medan, Indonesia.
Bidang ini merupakan cabang baharu bagi GMI dan saya amat tertarik dengan kewujudan hubungan strategik dan pakatan kerjasama yang ingin dilaksanakan ini.
Justeru saya berharap GMI dan STIPAP terus mengambil peluang ini untuk memperluaskan skop kerjasama ini kepada bidang-bidang teknologi yang lain.
Ini adalah kerana GMI mempunyai kepakaran yang luas baik dalam bidang Industri Elektronik mahupun Teknologi Pengeluaran. Justeru, kita akan sama-sama membantu STIPAP untuk membangunkan modal insan mereka”.