Sehingga kini, projek Metropolis Kesihatan
yang ingin dibangunkan oleh UM Holdings
Sdn Bhd (UMH) belum dapat diteruskan
kerana masih berdepan dengan isu
bersabit perancangan dan teknikal
serta kebimbangan yang disuarakan
oleh penduduk setempat khususnya
impak lalu lintas di kawasan setempat
sehingga menyebabkan kelulusan bagi
perancangan projek ini tertangguh.
Laporan Penilaian Impak Trafik telah
dikemukakan oleh UMH seperti yang
diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor
dan isu ini sedang menunggu semakan
daripada pihak Majlis Perbandaran
Petaling Jaya (MBPJ).