Konklusinya, kita mendapat banyak kebaikan daripada sektor pertanian. Tetapi ramai golongan muda yang lebih gemar mencari pekerjaan di bandar besar kerana peningkatan kegiatan perindustrian yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Namun, kerajaan telah bersungguh-sungguh untuk menjadikan tanah lapang yang subur sebagai tapak pertanian dan sedang menanti mereka untuk mengusahakannya. Justeru, kita hendaklah mengubah pandangan kita terhadap sektor pertanian kerana sektor ini sebenarnya mendatangkan banyak faedah.