Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.
Lantaran itu keputusan kerajaan negeri Melaka pimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam untuk mengindahkan Sungai Melaka sebagai destinasi pelancongan adalah wajar sekali.