Semangat kejiranan Dalam kehidupan bermasyarakat, jiran adalah orang atau golongan yang tinggal berhampiran dengan kita. Malahan, tidak keterhaluan kalau dikatakan pembentukan sebuah masyarakat adalah berperanan daripada wujudnya jiran, iaitu orang yang tinggal bersebelahan,berhadapan, di belakang atau 40 buah rumah sekeliling kita.Pendek kata, setiap individu yang berada dalam masyarakat akanhidup dikelilingi oleh jiran. Untuk hidup berjiran, kita perlu memiliki semangat kejiranan.Semangatini lahir daripada kesedaran dan inisiatif kita untukmewujudkannya. Sekiranya ahli masyarakat tidak mempunyaikesedaran terhadap masalah kejiranan ini, akan pincanglahperhubungan antara ahli masyarkat yang akhirnya membawa perpecahan, perbalahan dan huru-hara. Soal siapa yang harusmembentuknya tidak penting, tetapi rasa kemesraan dalam pergaulan, sikap berbudi bahasa, bertolak ansur, dan rasapersahabatan itu sebenarnya yang akan mewujudkan semangatkejiranan ini secara tidak langsung.Semangat kejiranan ini sangat penting kerana perhubungan eratsebagaimana ''aur dengan tebing'' akan dijalinkan. Sikap seperti''enau dalam belukar'' yang hanya mementingkan diri sendiri tidak patutlah ditunjuk dalam kehidupan bermasyarakat. Sampai bilakita boleh menunjukkan sikap bongkak, jika pada suatu hari nantikita sendiri memerlukan pertolongan orang lain. Tidak ada orang yang boleh hidup