jalinan usaha
Perjanjian OTA yang akan dilaksanakan
kelak akan mencetuskan lebih banyak
jalinan usaha sama antara syarikat MNC
dan syarikat pembuat tempatan bagi
menghasilkan produk MNC terbabit di
Malaysia untuk tujuan eksport mereka.
Perkembangan ini dijangka melonjakkan
standard produk farmaseutikal dan juga
peranti perubatan tempatan setanding
dengan standard antarabangsa, di
samping memperkenalkan teknologi
baharu kepada pembuat tempatan
sekali gus mendorong peningkatan
kemampuan mereka.