Pada hari Isnin yang lalu,saya dan ibu pergi ke pasar malam. Pasar malam itu berhampiran dengan rumah saya.
Terdapat banyak gerai di pasar malam. Antaranya seperti gerai sayur-sayur,gerai pakanan,gerai alat dapur gerai makanan dan lain-lain lagi.
Suasana di pasar malam riuh-rendam Penjual menjerit dengan kuat untuk menarik perhatian pembeli. Suri rumah suka tawar menawar dengan penjual.
Pasar malam ialah tempat membeli-belah yang menyeronokkan. Ramai orang suka membeli-belah di pasar malam. Pelanggan juga dapat menjimatkan wang kerana barang di sini lebih murah.
Ibu saya telah membeli seikat sayur sawi,seekor ikan bawal dan beberapa biji epal.
Saya berasa amat gembira kerana mendapat pengetahuan baharu. Saya juga berharap dapat ke pasar malam lagi.