Dalam konteks politik dan perlembagaan, yang dimaksudkan dengan sistem tradisi merujuk kepada sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden, iaitu sebuah sistem yang keesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya. Terdapat beberapa negara luar yang masih menekankan kepentingan institusi tradisi sehingga kini. Selain menjadi faktor sejarah dan kesinambungan sesuatu bangsa, institusi tradisi dapat menampung kekurangan yang sukar diatasi oleh sistem demokrasi.