Pendahuluan Setelah menelusuri pembelajaran dan pemudahcaraan prosa tr的繁體中文翻譯

Pendahuluan Setelah menelusuri pemb

Pendahuluan

Setelah menelusuri pembelajaran dan pemudahcaraan prosa tradisional, yakni Asal Padi (halaman 17 - 28) dalam antologi teks KOMSAS Bahasa Melayu Tingkatan 1 - Kuingin Berterima Kasih bersama-sama murid-murid Tingkatan 1, terlahir akan ilham dan keinginan yang kuat dalam hati sanubari saya sebagai munsyi bahasa untuk memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid bimbingan untuk menelaah, menghayati dan memahami mesej teks prosa tradisional dari sudut wacana prosa (sinopsis) dan wacana puisi (sajak). Barangkali, pendekatan secara kreatif ini setidak-tidaknya mesra murid dan seterusnya dapat menggalakkan murid-murid, terutamanya murid-murid bukan Melayu untuk mendekati teks prosa tradisional secara dekat sekali gus menjayakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah, yakni murid belajar, guru pula memberikan tunjuk ajar agar yang baik dijadikan teladan, yang kurang baik dijadikan sempadan di buana pendidikan.

Kaedah Sinopsis - Asal Padi

Pada zaman dahulu, hidup sepasang suami isteri yang sangat kaya. Suami isteri itu mempunyai dua orang cahaya mata. Kedua-duanya anak lelaki. Malangnya, kedua-dua suami isteri itu telah meninggal dunia meninggalkan kedua-dua anak lelaki mereka yatim piatu. Yang sedihnya, semua ternakan dan harta peninggalan telah habis diambil orang jahat kecuali sebuah kolam ikan milik keluarga.

Si Bongsu, anak sulung, sudah dewasa tetapi cacat. Kedua-dua tumitnya berlubang. Pada suatu hari, bertemulah Si Bongsu dengan tujuh orang wanita yang baru selesai mandi dan bersiap-siap untuk pulang. Si Bongsu meninggalkan bumi bersama-sama tujuh orang wanita ke kayangan.

Di kayangan, Si Bongsu terlihat dan tertarik akan benda kuning yang berkilau-kilauan ditimpa sinar matahari, kononnya digelarnya sebagai emas. Empunya padi itu memberitahu Si Bongsu bahawa benda itu ialah padi, teramat enak dan berfaedah. Si Bongsu memohon sedikit padi untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan dan dihalau oleh empunya padi tersebut. Si Bongsu hanya dibenarkan makan di kayangan sahaja. Memang lazat makanan yang aneh itu.

Si Bongsu mencari akal agar ia dapat menyembunyikan benih tanaman itu sebelum turun ke bumi. Si Bongsu memasukkan segenggam padi yang sedang dijemur ke dalam mulutnya tetapi dapat dikesan oleh empunya padi beberapa langkah di tangga pelangi. Akhirnya Si Bongsu menjadi hamba empunya padi atas alasan kakinya terlalu sakit dan tidak dapat turun ke bumi. Tidak berapa lama kemudian, luka pada tumit Si Bongsu sembuh. Si Bongsu bertindak menyembunyikan butir-butir padi di dalam lubang luka pada tumit kakinya sebelum memohon izin untuk pulang ke bumi. Sebelum itu, Si Bongsu diperiksa dengan teliti. Akhirnya, sampai jugalah anak yatim piatu itu ke kampungnya di bumi dengan selamat.

Si Bongsu menanam benih padi di ladangnya. Sebaik padi tumbuh di bumi, padi di kayangan tidak mahu menjadi. Padi kayangan itu berhasil dapat dicuri dan ditanam di bumi. Orang kayangan mengutuskan burung pipit untuk membuat siasatan. Burung pipit membohongi orang kayangan kononnya bumi tidak ditumbuhi padi sedangkan paruhnya tampak putih, jelas menunjukkan pipit baru sahaja habis makan padi. Pipit dan Si Tekuri kembali ke bumi untuk menyiasat. Yang jelas, laporan Si Pipit tidak benar. Si Tekuri dan Si Pipit bertengkar dan berlaga. Kerongkong Si Pipit disepit keras-keras hanya temboloknya yang berputar ke arah tengkuknya. Demikianlah cerita asal mulanya padi ada dan tumbuh di bumi.
0/5000
原始語言: -
目標語言: -
結果 (繁體中文) 1: [復制]
復制成功!
Pendahuluan Setelah menelusuri pembelajaran dan pemudahcaraan prosa tradisional, yakni Asal Padi (halaman 17 - 28) dalam antologi teks KOMSAS Bahasa Melayu Tingkatan 1 - Kuingin Berterima Kasih bersama-sama murid-murid Tingkatan 1, terlahir akan ilham dan keinginan yang kuat dalam hati sanubari saya sebagai munsyi bahasa untuk memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid bimbingan untuk menelaah, menghayati dan memahami mesej teks prosa tradisional dari sudut wacana prosa (sinopsis) dan wacana puisi (sajak). Barangkali, pendekatan secara kreatif ini setidak-tidaknya mesra murid dan seterusnya dapat menggalakkan murid-murid, terutamanya murid-murid bukan Melayu untuk mendekati teks prosa tradisional secara dekat sekali gus menjayakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah, yakni murid belajar, guru pula memberikan tunjuk ajar agar yang baik dijadikan teladan, yang kurang baik dijadikan sempadan di buana pendidikan.Kaedah Sinopsis - Asal Padi Pada zaman dahulu, hidup sepasang suami isteri yang sangat kaya. Suami isteri itu mempunyai dua orang cahaya mata. Kedua-duanya anak lelaki. Malangnya, kedua-dua suami isteri itu telah meninggal dunia meninggalkan kedua-dua anak lelaki mereka yatim piatu. Yang sedihnya, semua ternakan dan harta peninggalan telah habis diambil orang jahat kecuali sebuah kolam ikan milik keluarga. Si Bongsu, anak sulung, sudah dewasa tetapi cacat. Kedua-dua tumitnya berlubang. Pada suatu hari, bertemulah Si Bongsu dengan tujuh orang wanita yang baru selesai mandi dan bersiap-siap untuk pulang. Si Bongsu meninggalkan bumi bersama-sama tujuh orang wanita ke kayangan.
Di kayangan, Si Bongsu terlihat dan tertarik akan benda kuning yang berkilau-kilauan ditimpa sinar matahari, kononnya digelarnya sebagai emas. Empunya padi itu memberitahu Si Bongsu bahawa benda itu ialah padi, teramat enak dan berfaedah. Si Bongsu memohon sedikit padi untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan dan dihalau oleh empunya padi tersebut. Si Bongsu hanya dibenarkan makan di kayangan sahaja. Memang lazat makanan yang aneh itu.

Si Bongsu mencari akal agar ia dapat menyembunyikan benih tanaman itu sebelum turun ke bumi. Si Bongsu memasukkan segenggam padi yang sedang dijemur ke dalam mulutnya tetapi dapat dikesan oleh empunya padi beberapa langkah di tangga pelangi. Akhirnya Si Bongsu menjadi hamba empunya padi atas alasan kakinya terlalu sakit dan tidak dapat turun ke bumi. Tidak berapa lama kemudian, luka pada tumit Si Bongsu sembuh. Si Bongsu bertindak menyembunyikan butir-butir padi di dalam lubang luka pada tumit kakinya sebelum memohon izin untuk pulang ke bumi. Sebelum itu, Si Bongsu diperiksa dengan teliti. Akhirnya, sampai jugalah anak yatim piatu itu ke kampungnya di bumi dengan selamat.

Si Bongsu menanam benih padi di ladangnya. Sebaik padi tumbuh di bumi, padi di kayangan tidak mahu menjadi. Padi kayangan itu berhasil dapat dicuri dan ditanam di bumi. Orang kayangan mengutuskan burung pipit untuk membuat siasatan. Burung pipit membohongi orang kayangan kononnya bumi tidak ditumbuhi padi sedangkan paruhnya tampak putih, jelas menunjukkan pipit baru sahaja habis makan padi. Pipit dan Si Tekuri kembali ke bumi untuk menyiasat. Yang jelas, laporan Si Pipit tidak benar. Si Tekuri dan Si Pipit bertengkar dan berlaga. Kerongkong Si Pipit disepit keras-keras hanya temboloknya yang berputar ke arah tengkuknya. Demikianlah cerita asal mulanya padi ada dan tumbuh di bumi.
正在翻譯中..
結果 (繁體中文) 2:[復制]
復制成功!
簡介尋找促進文文集學習與傳統的散文,水稻的起源(頁17-28)後KOMSAS馬來表1 -我要感謝一起從表1的學生,將生的靈感,並在我的心臟強烈願望作為munsyi語言提供了第二次機會對學生的指導,審查,理解和欣賞的散文(概要)的一段話傳統散文的文本消息和詩(詩)的通道。或許,這種創作手法,至少友好,使學生能鼓勵學生,特別是非馬來學生到非常接近傳統的散文文本從而促進學習的過程,並在課堂上的成功,學生學習,老師講,以一個良好的先例,這是不太適合作為大陸的教育邊框提供指導方法說明- 原產地水稻在古代,住著一對夫婦誰是非常豐富的。丈夫和妻子有兩個孩子。兩個兒子。不幸的是,丈夫和妻子已經去世留下兩個兒子孤兒。可悲的是,所有的牲畜和惡人的財物都充分考慮,除非家庭擁有魚塘,最年輕,最古老的,已經非常成熟,但有缺陷的。無論是腳跟腔。有一天,遇到了最年輕七個孩子誰剛剛洗完澡正準備回家的女人。最年輕的離開地球一起七名婦女天堂。在天堂裡,在令人眼花繚亂的黃色太陽最年輕的前瞻性和有關機構折磨,據稱命名為黃金。賴斯說,這是Bongsu飯,非常可口和有益的主人。最年輕的應用小米粥被種植在地球,不過是不允許的,是由專用的水稻驅動。最小的才允許在天堂獨自享用。奇怪的是,食物很美味,最年輕的找到一種方法,以便它可以下降到地球之前隱藏的種子。最年輕的包括一把米乾燥在他的嘴裡,但可以通過水稻主對彩虹的樓梯幾步進行檢測。終於,在水稻的理由最年輕的是一個奴隸主太生病不能下地。沒過多久,就治好了最年輕的受傷的腳跟。最年輕的行為申請許可返回地球之前隱藏大米在他的腳受傷的腳後跟孔的顆粒。此前,最年輕的仔細檢查。最後,也是孤兒納入自己的家園安全的在地球上。最年輕的種子播種在他的領域。一旦水稻生長在土裡,飯在天堂,也不會想。賴斯仙境它可以成功地被盜,埋在土裡。人們仙境派人去調查麻雀。麻雀躺在仙境稱為未覆蓋喙地球看上去白米飯,清楚地表明鷚剛吃完飯飯。鷚和Si Tekuri回地球進行調查。什麼是明確的,該報告鷚是不正確的。Tekuri和Si鷚爭吵和打架。該鷚掐喉嚨大聲喉剛剛紡往他脖子後面。這就是它的起源的故事,在世界上種植水稻。














正在翻譯中..
 
其它語言
本翻譯工具支援: 世界語, 中文, 丹麥文, 亞塞拜然文, 亞美尼亞文, 伊博文, 俄文, 保加利亞文, 信德文, 偵測語言, 優魯巴文, 克林貢語, 克羅埃西亞文, 冰島文, 加泰羅尼亞文, 加里西亞文, 匈牙利文, 南非柯薩文, 南非祖魯文, 卡納達文, 印尼巽他文, 印尼文, 印度古哈拉地文, 印度文, 吉爾吉斯文, 哈薩克文, 喬治亞文, 土庫曼文, 土耳其文, 塔吉克文, 塞爾維亞文, 夏威夷文, 奇切瓦文, 威爾斯文, 孟加拉文, 宿霧文, 寮文, 尼泊爾文, 巴斯克文, 布爾文, 希伯來文, 希臘文, 帕施圖文, 庫德文, 弗利然文, 德文, 意第緒文, 愛沙尼亞文, 愛爾蘭文, 拉丁文, 拉脫維亞文, 挪威文, 捷克文, 斯洛伐克文, 斯洛維尼亞文, 斯瓦希里文, 旁遮普文, 日文, 歐利亞文 (奧里雅文), 毛利文, 法文, 波士尼亞文, 波斯文, 波蘭文, 泰文, 泰盧固文, 泰米爾文, 海地克里奧文, 烏克蘭文, 烏爾都文, 烏茲別克文, 爪哇文, 瑞典文, 瑟索托文, 白俄羅斯文, 盧安達文, 盧森堡文, 科西嘉文, 立陶宛文, 索馬里文, 紹納文, 維吾爾文, 緬甸文, 繁體中文, 羅馬尼亞文, 義大利文, 芬蘭文, 苗文, 英文, 荷蘭文, 菲律賓文, 葡萄牙文, 蒙古文, 薩摩亞文, 蘇格蘭的蓋爾文, 西班牙文, 豪沙文, 越南文, 錫蘭文, 阿姆哈拉文, 阿拉伯文, 阿爾巴尼亞文, 韃靼文, 韓文, 馬來文, 馬其頓文, 馬拉加斯文, 馬拉地文, 馬拉雅拉姆文, 馬耳他文, 高棉文, 等語言的翻譯.

Copyright ©2025 I Love Translation. All reserved.

E-mail: