Sudah tentu kita suka kawan yang suka berkawan. Mana yang tidak suka berkawan ia akan membuat hal sendirian. Saya sukakan kawan yang ceria yang sentiasa mengingatkan saya berniat kebaikan jika saya lalai. Kawan yang sentiasa menyokong dari belakang. Kawan yang memahami situasi semasa. Kawan yang mahu mendengar dan memberi pendapat di saat kita memerlukan.