Farisha telah menghubungi Rosman, rakan syarikatnya supaya membawa dia ke Hotel Renaissance kerana dia hendak menyertai ucapan pembukaan yang akan disampaikan oleh Philips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Rosman menelefonnya bahawa keretanya telah rosak. Farisha segera menjagakan Shida yang sedang tidur lena. Farisha meminta Shida membawanya ke stesen monorel. Setelah sampai di hotel itu, sebuah robot penyambutnya ke dewan itu. Malangnya Philip Young tidak dapat hadir di dewan dan hanya hologram beliau yang muncul di pentas sahaja. Akhirnya Rosman sempat tiba di dewan itu. Sebenarnya Farisha dan Rosman membuka sebuah syarikat perunding keselamatan sistem komputer yang bernama Secured Shell Sdn. Bhd setahun yang lalu. Mereka baru mendapat projek di Senawang. Mereka kesempitan wang sehingga Rosman tidak dapat menggantikan kereta lamanya tambahan lagi Rosman bercadang untuk berkahwin tidak lagi.
Rosman mendapati bahawa ada seorang pemuda yang kacak sedang memerhatikan Farisha. Pemuda itu memperkenalkan dirinya Aqram. Farisha terkejut kerana dapat bertemu semula dengan pemuda yang dijumpainya di Lapangan Terbang Senai semalam itu . Aqram bekerja di Soft Lab, Cyberjaya. Aqram menyatakan bahawa dia sedang mencari jururunding untuk satu projek mini di Soft Lab dan ingin menawarkan projek kepada syarikat Farisha. Ketika berbual-bual dengan Farisha, Aqram menekankan Penetrator di tangannya untuk melemahkan Wall minda Farisha. Farisha berasa pening kerana terdapat cahaya berkilat di depan matanya. Aqram hanya sempat membaca sedikit ingatan Farisha sahaja. Aqram berasa kesal kerana maklumat yang diperolehnya dalam minda Farisha terlalu sedikit. Aqram memerlukan Farisha untuk menyelamatkan sistem Dinar dalam syarikat mereka.