Pertama sekali, sektor perindustrian dapat meningkatkan pendapatan negara. Hal ini demikian kerana aliran wang masuk ke dalam negara dapat ditingkatkan apabila negara mengeksport barangan perindustrian ke luar negara. Barangan industri juga boleh dijual dengan harga yang jauh lebih tinggi berbanding dengan barangan sektor lain. Misalnya, pengusaha barangan elektrik dapat mengaut keuntungan yang lebih banyak berbanding dengan individu yang terlibat dengan bidang pertanian. Pada masa yang sama, pendapatan kerajaan turut meningkat apabila lebih ramai pengusaha bidang perindustrian membayar cukai. Maka, secara tidak langsung, ekonomi negara menyumbang kepada pendapatan negara