Saya membeli barangan keperluan harian dipasaraya berhampiran dengan rumah kerana lebih dekat dengan rumah dan jimat minyak kenderaan saya.Setiap minggu dua hingga tiga kali saya akan keluar untuk membeli keperluan seharian seperti kelengkapan untuk memasak. Malah,setiap bulan saya akan pergi ke pasaraya lebih besar,contonhnya tesco untuk membeli keperluan harian yang lebih banyak untuk sebulan penggunaan atau barangan yang tidak terdapat dikawasan tempat tinggal saya. Harga barangan ditesco lebih murah serta membolehkan saya lebih berjimat dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang ini. Kadangkala saya pergi membeli keperluan harian dengan menaiki motosikal dan kerata sekiranya saya ingin membeli barang yang agak banyak. Sya lebih kerap menaiki motosikal kerana menjimatkn kos minyak bagi setiap perjalanan saya untuk membeli keperluan harian saya dan juga ahli keluarga. Saya pergi membeli adakalanya sendiri dan adakalanya ditemani ahli keluarga saya. Kami berkongsi wang untuk meringankan beban kami sekeluarga.