Hobi ayah adalah memancing ikan. Pada suatu petang, saya telah mengikut ayah pergi memancing di Sungai Durian.
Saya membantu ayah membawa joran dan bakul. Kami berjalan kaki ke hulu sungai. Sesampai sahaja di sungai ayah mencampakkan tali joran ke sungai. Ayah menggunakan cacing tanah sebagai umpan.
Beberapa minit kemudian, joran ayah bergerak-gerak. Ayah memberikan isyarat supaya saya senyap dan tidak bercakap. Umpan ayah telah dimakan oleh ikan. Ayah berjaya memperoleh ikan kaloi.
Tepat pukul 5.00 petang, kami berangkat pulang ke rumah. Ayah tersenyum riang kerana hasil tangkapannya memenuhi bakul yang dibawa.