Prosa tradisional ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota Maligai bernama Phaya Tu Kerub Mahajana. Baginda mempunyai seorang putera bernama Phaya Tu Antara. Phaya Tu Antara menjadi raja selepas kemangkatan ayahandanya dengan gelaran Phaya Tu Naqpa. Baginda suka berburu dan meminta rakyatnya untuk menjejaki rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil. Phaya Tu Naqpa berasa hairan dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing perburuannya. Setelah dua jam perburuan, anjing itu menyalak dengan kuat dan mengejar seekor pelanduk putih tetapi pelanduk tersebut dapat menghilangkan diri. Phaya Tu Naqpa berangkat ke tepi pantai dan bertemu sepasang suami isteri yang tinggal di pantai itu bernama Encik Tani. Orang tua itu menyatakan mereka rakyat Kota Maligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih ditemui dan diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Setelah beberapa lama memerintah, baginda dikurniakan tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan Mahacai Pailang.
Beberapa lama selepas itu Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya Tu Naqpa menawarkan sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu. Namun begitu, tiada sesiapapun yang dapat mengubati baginda, lalu pemukul canang telah pergi ke kampung orang Pasai. Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa mesti memeluk agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari dan baginda pun sembuh seperti sedia kala. Namun begitu raja telah mungkir janji. Selepas dua tahun baginda mendapat sakit kembali dan meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju mengubati buat kali terakhir. Menurutnya, jika berulang lagi, beliau tidak akan mengubati lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya, setelah sembuh baginda bersama-sama pengikut-pengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.
Sebuah kapal Cina berlabuh di Patani Dar al- Salam. Sultan Ismail dihadiahkan sebuah peluru besar oleh nakhoda kapal dari negara China sedangkan negeri baginda tidak mempunyai meriam. Hal ini telah mengaibkan baginda, lalu baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepada pedagang asing selama tiga tahun bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak seorang pedagang Patani menyuruh anak muridnya, Abdul Mukmin menjual tembaga yang mereka kumpul kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin ditangkap semasa membawa tembaga. Hal ini dikhabarkan kepada baginda sultan. Baginda murka lalu mengarahkan Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh dan mayatnya dihanyutkan ke sungai. Peristiwa itu telah menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar meminta keizinan raja bagi mengebumikan mayat tersebut. Semasa upacara pengebumian dijalankan kedua-dua mayat itu memanjang. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang.
Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun begitu, setelah siap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh tukang tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam diberi nama Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu.
Prosa tradisional ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota Maligai bernama Phaya Tu Kerub Mahajana. Baginda mempunyai seorang putera bernama Phaya Tu Antara. Phaya Tu Antara menjadi raja selepas kemangkatan ayahandanya dengan gelaran Phaya Tu Naqpa. Baginda suka berburu dan meminta rakyatnya untuk menjejaki rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil. Phaya Tu Naqpa berasa hairan dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing perburuannya. Setelah dua jam perburuan, anjing itu menyalak dengan kuat dan mengejar seekor pelanduk putih tetapi pelanduk tersebut dapat menghilangkan diri. Phaya Tu Naqpa berangkat ke tepi pantai dan bertemu sepasang suami isteri yang tinggal di pantai itu bernama Encik Tani. Orang tua itu menyatakan mereka rakyat Kota Maligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih ditemui dan diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Setelah beberapa lama memerintah, baginda dikurniakan tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan Mahacai Pailang. Beberapa lama selepas itu Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya Tu Naqpa menawarkan sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu. Namun begitu, tiada sesiapapun yang dapat mengubati baginda, lalu pemukul canang telah pergi ke kampung orang Pasai. Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa mesti memeluk agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari dan baginda pun sembuh seperti sedia kala. Namun begitu raja telah mungkir janji. Selepas dua tahun baginda mendapat sakit kembali dan meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju mengubati buat kali terakhir. Menurutnya, jika berulang lagi, beliau tidak akan mengubati lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya, setelah sembuh baginda bersama-sama pengikut-pengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.Sebuah kapal Cina berlabuh di Patani Dar al- Salam. Sultan Ismail dihadiahkan sebuah peluru besar oleh nakhoda kapal dari negara China sedangkan negeri baginda tidak mempunyai meriam. Hal ini telah mengaibkan baginda, lalu baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepada pedagang asing selama tiga tahun bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak seorang pedagang Patani menyuruh anak muridnya, Abdul Mukmin menjual tembaga yang mereka kumpul kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin ditangkap semasa membawa tembaga. Hal ini dikhabarkan kepada baginda sultan. Baginda murka lalu mengarahkan Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh dan mayatnya dihanyutkan ke sungai. Peristiwa itu telah menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar meminta keizinan raja bagi mengebumikan mayat tersebut. Semasa upacara pengebumian dijalankan kedua-dua mayat itu memanjang. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang.Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun begitu, setelah siap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh tukang tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam diberi nama Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu.
正在翻譯中..