Jang Se Jin ialah seorang anak yang bertanggungjawab. Dia pandai membahagikan masanya untuk membantu ibu, belajar dan bermain.
Selepas makan tengah hari, Se Jin akan menolong ibu mengangkat pinggan di atas meja. Pinggan yang kotor itu akan dikumpulkan di dalam singki. Dia juga rajin membasuh pinggan mangkuk.
Seterusnya, dia akan mengelap pingan mangkuk dengan kain yang kering dan bersih. Se Jin juga akan memastikan meja makan bersih selepas menggunakannya.
Ibu sangat sayang akan Se Jin kerana Se Jin sentiasa membantu meringankan tugasnya setiap hari.