. Kalau kita bersikap sedemikian kita mempunyai sikap yang terbuka, maka lebih mudah untuk kita mempunyai sikap yang terbuka, maka lebih mudah untuk kita melihat bagaimana kita boleh melakukan penambahbaikan kepada diri kita dan kepada parti kita. Umpamanya dalam persekitaran politik hari ini kita perlu melihat nahawa UMNO tidak boleh terus bergantung semata-mata kepada kawasan luar bandar sahaja. Kita perlu kekalkan sokongan kita di kawasan bandar di samping itu kita melihat bahawa di kawasan bandar, di kawasan semi-urban dan mereka dikatakan sebagai ‘the urban villagers’. Mereka yang mengundi di kampong tetapi berada di Lembah Klang, Pasir Gudang, di kawasan-kawasan bandar ini merupakan kumpulan-kumpulan dan kawasan-kawasan yang perlu diberi perhatian oleh UMNO. Wujudnya kawasan perumahan di bandar tanpa UMNO adalah di antara perkara yang harus diberi perhatian oleh kita semua.