Susulan penyepaduan EPP 12 dan EPP 16 dalam program Rantaian Nilai Penuh
di bawah EPP 5, sebanyak 2,380 ekor lembu telah dibekalkan kepada Felcra
Bhd, Espek Livestock Sdn Bhd dan Ihsan Permata pada tahun 2013, sekali
gus menjadikan jumlah lembu dalam program Rantaian Nilai Penuh sebanyak
2,984 ekor. Maka, setakat akhir tahun 2014, jumlah keseluruhan lembu yang
telah diternak secara integrasi di ladang kelapa sawit adalah 9,061 ekor.