.Kepentingan perdana sektor ini adalah untuk menjadi sekuriti bekalan makanan yang cukup kepada masyarakat. Malaysia antara negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji. Oleh hal yang demikian, kerajaan berusaha menghasilkan padi dua kali setahun untuk menampung permintaan masyarakat, selain berusaha mengurangkan import beras dari Thailand. Realitinya, kerajaan mahu mengurangkan kebergantungan kepada negara luar, memandangkan padi sawah boleh ditanam di negara ini. Maka, tidak menghairankan apabila kerajaan telah berusaha bagai air mencari jenisnya supaya padi dapat ditanam lima kali setahun sejak tahun ini. Tambahan pula, kadar pertumbuhan penduduk negara kita yang semakin pesat mendesak sektor ini tidak boleh dipandang enteng.