Selepas Tun Sambanthan menamatkan persekolahan rendahnya di Sungai Siput beliau terselah melanjutkan pelajaran peringkat menenggah di Sekolah Clifford. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari University Annamalai di India Utara dalam jurusan ekonomi. Sambathan aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti. Selepas pelajaran, beliau mengambil alih perniagaan keluarga, dan berterusan semangat bapanya untuk memperbaiki nasib pekerja estet yang mengalami kemiskinan dan buta huruf.