pihak sekolah juga harus senantiasa menekankan kepentingan kegiatan kokurikulum dalam dunia kehidupan dan kerjaya masa depan pelajar. Pihak sekolah boleh menganjurkan sesi ceramah atau merealisasikan minggu kokurikulum bagi menanamkan minat pelajar terhadap kegiatan kokurikulum. Orientasi kokurikulum difikirkan amat perlu untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar-pelajar baharu, khususnya pelajar-pelajar Kelas Peralihan dan Tingkatan Satu pada minggu pertama sesi persekolahan supaya mereka lebih mengenali dan mengetahui jenis kegiatan kokurikulum yang wujud dan akan dijalankan sepanjang tahun di sekolah, bak kata peribahasa Melayu tak kenal, maka tak cinta. Minat pelajar baharu akan meningkat apabila mengetahui wujudnya pelbagai aktiviti mengikut cita rasa dan minat pelajar dijalankan oleh pihak sekolah seperti program perkhemahan, ekspedisi dan sebagainya.