Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa juga menyemai benih-benih salah laku dalam kalangan remaja. Saluran media massa seperti televisyen, filem dan majalah perlu mendidik remaja agar tidak terlibat dengan kemelut kebejatan moral. Sebagai contoh, siaran yang memaparkan remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagi motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja juga sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka. Sebaliknya dasawarsa ini, remaja mudah terikut-ikut dengan watak pelakon yang membawa aksi negatif ini, malah, mereka juga berasa bangga. Hal ini tidak wajar. Sebaliknya, aksi yang baik perlulah dipamerkan di media massa untuk diikut oleh mereka. Tuntasnya, media massa memang berperanan untuk mengurangkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja hingga ke peringkat akar umbinya.